Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Saturday, 21 February 2015

1BestariNet


Apakah 1Bestarinet?

1BestariNet ( disebut OneBestarinet ) adalah projek yang diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Di bawah projek ini, sebanyak 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia akan dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya yang menyediakan sambungan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada Penyelesaian Pembelajaran Bersepadu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Mengenai Kami.

Apakah maksud Penyelesaian Bersepadu? 

Di bawah projek 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapkan dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pentadbiran dijalankan melalui Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) yang berasaskan internet, yang boleh diakses di sekolah atau di mana juga, dengan adanya sambungan Internet (Internet Yes 4G). Untuk keterangan lanjut, sila layari Penyelesaian Bersepadu.

Apakah itu Frog VLE? 

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai intranet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.
Kenapa perlu menggunakan Frog?                           Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.Ketahui lebih lanjut bagaimana Frog boleh mempertingkatkan pembelajaran dengan menonton video-video ini!

Bagaimanakah saya boleh mengakses Frog VLE?  

ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses Frog VLE. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk. Untuk mendapatkan alamat VLE sekolah anda, sila klik di sini.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan ID Yes 1BestariNet saya?

ID Yes 1BestariNet disalurkan ke semua sekolah. Sila berhubung dengan sekolah anda untuk mendapatkan ID Yes 1BestariNet anda.
Apakah lagi yang boleh saya perolehi dengan ID Yes 1BestariNet saya?
Dengan ID Yes 1BestariNet anda, anda boleh mengakses Frog VLE serta seluruh sumber dan aplikasi global daripada Google, Khan Academy, dan banyak lagi, selain anda boleh mengikuti butiran akaun anda dalam rangkaian Yes.
Bagaimanakah Frog VLE mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran?
Frog VLE dibina dengan mengutamakan penggunanya. Sasarannya adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta bersedia bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan.

Menjimatkan masa dan usaha:Frog memberikan guru alatan yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalendar akademik.
Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based),pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

Bagaimanakah guru dan pelajar diberi sokongan sepanjang pelaksanaan projek 1BestariNet?

Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog. Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersambung dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat mereka.

Adakah ibu bapa akan diberi akses Frog VLE?

Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam Frog VLE. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.
Mengapakah sekolah saya tidak mendapat liputan sambungan lagi?
Beberapa sekolah di kawasan anda mungkin sudah mendapat liputan, tetapi bukan sekolah anda. Pelancaran sambungan internet dan Frog VLE bermula pada Disember 2011 dan sehingga kini ia masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Semua sekolah rendah dan menengah kerajaan akan mendapat sambungan menjelang akhir tahun 2013.

Bilakah Frog VLE akan tiba di sekolah saya?

Pelancaran Frog VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.

Di sekolah saya sudah terdapat sambungan internet, tetapi mengapakah sambung VLE belum tersedia lagi?

Beberapa sekolah mungkin sudah mendapat sambungan internet tetapi belum boleh mengakses Frog VLE. Pelancaran VLE bermula pada Mac 2012 dan masih dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Sekolah anda hanya akan diberi akses VLE sebaik sahaja latihan rasmi Frog VLE selesai dilaksanakan.
Saya terlupa alamat VLE sekolah saya.
Anda boleh melakukan carian pantas alamat VLE sekolah anda di sini.
Saya menghadapi masalah dengan sambungan internet atau VLE.
Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesai masalah, sila berhubung dengan Pentadbir Frog sekolah anda. Jika anda adalah pentadbir Frog, kami mempunyai Portal Penjagaan Diri (Self-Care Portal) (ID log masuk Pentadbir Frog diperlukan) yang membolehkan anda mengakses bantuan teknikal.

No comments:

Post a Comment