Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Monday 9 February 2015

TAKLIMAT PERISIAN CD MBMMBI PKG DAERAH TAMPIN 2015







TAMPIN 9 FEB-  Taklimat Perisian CD MBMMBI PKG Daerah Tampin telah dijalankan pada isnin di PKG Tampin. Seramai 51 orang peserta yang terdiri dari Ketua Bidang,  Pengerusi Panatia Bahasa Melayu dan Bahas Inggeris sekolah menengah dan sekolah rendah Daerah Tampin telah menghadiri taklimat tersebut. 

Encik Abdul Karim bin Muhamad, PTP PKG Gemas dan Encik Shamsudin bin Yusuf PTP PKG Tampin telah menyampaian taklimat tersebut. Pada taklimat tersebut, peserta telah diberikan pendedahan mengenai tatacara penggunaan dan dokumentasi penggunaan CD MBMMBI tersebut di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

PTP PKG Tampin menegaskan bahawa PKG akan mengadakan siri lawatan bimbingan dan pemantauan penggunaan setelah peserta balik dari menghadiri taklimat tersebut.

BTP, BTPN NS  dan PKG berharap semua guru di sekolah akan menggunakan perisian CD MBMMBI ini di sekolah dalam PdP mereka selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempetabatkan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris dalam seharian mereka.

No comments:

Post a Comment