Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Thursday 19 February 2015

RAKAN PEMBACA

















KELAYAKAN

Murid yang sudah membaca sejumlah 100 buah buku layak
memasuki tahap Rakan Pembaca (RP).
CIRI-CIRI RAKAN PEMBACA
1.Murid sudah membaca lebih 100 buah buku.

2.Murid pada tahap RP akan dibimbing oleh guru atau fasilitator untuk
memantau pelaksanaan aktiviti.
 3.Murid RP dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang
untuk menjayakan aktiviti ini.
 4.Seorang guru pembimbing dicadangkan membimbing 10 ahli RP.

AKTIVITI RAKAN PEMBACA
1. Bercerita
2. Membaca Bersama
3. Ulasan Buku
4.Meminjamkan Buku
5.Bicara Buku / Diskusi Buku
6.Syarahan
7.Forum
8.Lakonan / Sketsa

1.       BERCERITA
2.        
 Pengenalan
Bercerita kepada rakan/keluarga/jiran tentang isi cerita buku.  Pada
akhir sesi bercerita, RP menggalakkan pendengar meminjamkan
 dan membaca buku tersebut.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bercerita
1. Dilaksanakan secara formal/informal di sekolah, di rumah, di taman-taman,
 di tapak perkhemahan, dan sebagainya.
2. Pendengar boleh terdiri daripada sesiapa sahaja termasuk RP, guru,
 keluarga, jiran dan lain-lain.
3. Masa yang dicadangkan untuk aktiviti bercerita sekurang-kurangnya
 lima minit.

 2. MEMBACA BERSAMA

 Pengenalan
Aktiviti membaca sebuah buku secara bersama-sama dengan tujuan
bertukar pandangan tentang buku tersebut.  Buku yang dibaca tidak
terikat kepada buku cerita sahaja tetapi juga merangkumi buku-buku
 akademik seperti buku-buku rujukan mata pelajaran.

3. ULASAN BUKU

 Pengenalan
Menyampaikan ulasan buku cerita yang telah dibaca di hadapan umum.
 Contohnya:
 Kelas, perhimpunan, kumpulan.
Antara kandungan ulasan buku:
Judul, pengarang, penerbit, sinopsis, 
tema, penerapan nilai murni.
Pada akhir sesi, pengulas akan menggalakkan murid untuk membaca
 buku tersebut.

 4. MEMINJAM BUKU

Pengenalan
Meminjamkan buku yang telah dibaca kepada sesiapa sahaja (rakan, 
guru,\ keluarga, jiran dan lain-lain).  Ahli RP digalakkan meminjamkan buku 
milik peribadi atau keluarga.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Meminjamkan BukuI.
I.Dijalankan secara informal.
II. Markah diberikan setiap kali buku itu dipinjamkan. (1 markah x 1 orang peminjam)
III. Buku yang dipinjamkan mesti telah dibaca oleh Rakan Pembaca itu sendiri.

 5. BICARA BUKU/ DISKUSI BUKU

 Pengenalan
Membicakan buku yang telah dibaca berdasarkan sekurang-kurangnya
 satu daripada aspek berikut:
a) Kritikan umum tentang buku.
b) Membicarakan tentang penulis.
c) Memberikan pandangan / cadangan.
d) Kelebihan dan keistimewaan buku itu.
e) Kekurangan dan kelebihan kualiti fizikal buku.
f) Penggunaan bahasa.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Bicara Buku / Diskusi Buku
Membicarakan sebuah buku/diskusi buku boleh dilakukan 
 bersama individu yang lain atau RP yang lain sebagai ahli panel di hadapan rakan-rakan.

6. SYARAHAN

 Pengenalan
Menyampaikan ceramah, pidato atau ucapan tentang sesuatu
topik berdasarkan pembacaan dan rujukan daripada beberapa buah buku.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Syarahan
Dilaksanakan secara formal di kelas, semasa perhimpunan, pertandingan, 
dan sebagainya.
Markah hanya diberi kepada RP yang melaksanakan aktiviti tersebut.

7. LAKONAN/ SKETSA

 Pengenalan
Melakonkan watak daripada buku yang dibaca.
 Strategi Pelaksanaan Aktiviti Lakonan / Sketsa
 Sekumpulan RP melakonkan semula watak-watak 
berdasarkan - keseluruhan buku sebahagian buku
II. Bagi aktiviti kumpulan, markah yang sama diberikan kepada

setiap ahli yang terlibat dalam lakonan.

No comments:

Post a Comment