Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Monday 2 February 2015

BERKENALAN DENGAN YTM TUNKU SYED RAZMAN TUNKU SYED IDRUS AL-QADRI


Tunku Besar Tampin Ke-7
, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri.

Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman bin Tunku Syed Idrus Al-Qadri telah diputerakan pada 14 Disember 1962 di Seremban dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin hingga darjah enam dari tahun 1969 hingga 1974. Dalam tahun 1975 baginda telah melanjutkan palajaran di Sekolah Menengah Sains Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah King George Ke-V, Seremban pada tahun 1978 hingga 1980. Setelah tamat tingkatan lima, Yang Teramat Mulia telah memperoleh ijazah sarjana (pemasaran) dari Lansdown College dalam tahun 1985. Baginda pernah menjawat jawatan Pengarah di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Dalam tahun 2002 telah dikurniakan pingat Jaksa Pendamai (JP) oleh Duli Yang Maha Mulia Tunku bermain golf dan muzik. Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman telah diijabkabulkan dengan Tunku Isteri Sharlita binti Omar pada 14 Mei 1992. Yang Teramat Mulia merupakan anak kelima daripada enam orang adik beradik dan merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Walau bagaimanapun dalam kebahagiaan berkeluarga, Allah menentukan segala-galanya, pada tarikh 26 Disember 2005, bersamaan 24 Zulkaedah 1426 H, hari Isnin pada jam 10.30 pagi, ayahanda baginda, Tunku syed Idrus bin Syed Mohamad telah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa. Sebelum jenazah almarhum dikebumikan di makam keluarga Tunkku Besar Tampin di perkarangan Masjid Jamek Tunku Besar Tampin, satu istiadat ringkas pelantikan anakandanya Syed Razman bin Tunku Syed Idrus sebagai Tunku Besar Tampin dan Puan Sharlita binti Omar sebagai Tunku Isteri telah diadakan. Walaupun pengisytiharan pelantikan itu ringkas, tetapi penuh dengan adat istiadat pelantikan. Tugas mengisytiharkan pelantikan tersebut telah dilaksanakan oleh Yang Mulia Dato’ Abdul Razak bin Tambi, Penghulu Pusaka Adat Tampin Tengah dengan disaksikan oleh Yang Berbahagia Tuan haji Mohd Yusof bin Yunus, PPT., PMC. Pegawai Daerah Tampin selaku wakil kerajaan negeri, pegawai-pegawai kerajaan serta semua penyandang pusaka adat Luak Tampin. 


SEJARAH LUAK TAMPIN 


Tampin adalah salah satu sebuah daerah dalam Negeri Sembilan. Dari segi pentadbiran sosiopolitik adat, daerah Tampin terbahagi kepada empat wilayah iaitu Pasir Besar, Ayer Kuning dan Gemencheh ialah luak kecil di bawah naungan Luak Johol. Ketiga-ketiga luak kecil ini diperintah oleh seorang Penghulu Pusaka Luak. Tampin, sebagai sebuah kerajaan, kerana tidak dinaungi oleh mana-mana luak adat asal, dipanggil luak dan diperintah oleh Tunku Besar Tampin. Oleh sebab luak Tampin ini luak baru, sebagai kawasan pemerintahan adat , Tampin dikatakan sebagai wilayah Tunku Besar Tampin. Luak Tampin sebelum 1834 berada di bawah kekuasaan Rembau dan segala pentadbiran berpusat di Rembau. Kewujudan Luak Tampin adalah akibat dua peristiwa utama iaitu Perang Naning dan perebutan dinasti yang melibatkan Rembau dan Seri Menanti. Al-Marhum Ayahanda Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin Ke-6. Perang Naning, antara British dengan Dato’ Naning berlaku dalam tahun 1832 menghasilkan dua perkara. Pertama kekalahan Dato’ Naning mengakibatkan kerajaan Naning kehilangan wilayah bahagian timurnya, iaitu Tebong. Kedua, kedudukan Raja Ali, Yamtuan Muda Rembau dan menantunya, Syed Shaaban menjadi lebih kukuh, sementara di Seri Menanti, Yamtuan Sati atau Raja Labu telah dipecat oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong. Raja Ali mengisytiharkan dirinya sebagai Yamtuan Besar dan melantik Syed Shaaban sebagai Yamtuan Muda Rembau. Kedua-dua personaliti ini pada hakikatnya tidak berhak atas kedua-dua jawatan ini dan dengan pengisytiharan itu telah menyinggung semua pembesar Negeri Sembilan. Raja Ali dan Syed Syaaban lebih lanjut lagi telah bertindak membuat perjanjian perdamaian dan persahabatan dengan British dalam tahun 1832 dan 1833. Dalam perjanjian yang pertama mereka menandatanganinya sebagai pembesar kerajaan Rembau, tetapi dalam perjanjian tahun 1833 mereka telah menaiktarafkan lagi kedudukan mereka. Syed Shaaban berikutnya melibatkan diri dalam perang dinasti dengan Dato’ Nganit, Undang Rembau, yang disokong oleh Dato’ Kelana Sungai Ujong. Di samping itu, Dato Kelana telah pula meletakkan calon baru untuk jawatan Yamtuan, iaitu Raja Radin, putera Raja Lenggang Laut, Yamtuan Seri Menanti ketiga. Dalam perang saudara berikutnya, Raja Ali dan Syed Shaaban gagal mempertahankan kedudukan mereka sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti dan Yamtuan Muda Rembau, tetapi berjaya menguatkan kedudukan mereka di Tampin. Akibatnya, sebahagian daripada wilayah Rembau baruh, iaitu dari Gunung Tampin hingga ke Bukit Putus terkeluar dari kekuasaan kerajaan Rembau. Justeru,dalam tahun 1834 wujud Luak Tampin Tengah, Keru, Repah dan Tebong (sebelum Perang Naning tahun 1832 adalah sebahagian daripada Naning). Kemasukan Inggeris ke Negeri Sembilan bermula alam tahun 1872. Melalui perjanjian 1889, Seri Menanti, Johol (termasuk Gemencheh), Inas, Ulu Muar, Gunung Pasir, Terachi, Rembau dan Tampin berada di bawah naungan British. Negeri-negeri tersebut dikenali sebagai ‘Negeri Sembilan Lama’. Perjanjian yang lebih awal antara Gabenor Negeri-negeri Selat dengan Rembau yang ditandatangani dalam tahun 1883 agak menarik kerana Syed Hamid, anak Syed Shaaban, menandatangani perjanjian itu bagi pihak Tampin. Inti pati perjanjian 1833 ini adalah segala pertelingkahan dalam kalangan penandatangan, terutama yang berkaitan dengan sempadan harus diselesaikan oleh Gabenor Negeri-negeri Selat. 


YTM Tunku Besar Tampin dengan pembesar adat Luhak.  Dalam tahun 1901 telah dimulakan upacara pertama istiadat Penghulu-penghulu menghadap Yamtuan Besar. Penghulu-penghulu luak Ulu Muar, Jempol, Terachi, Inas dan Gunung Pasir telah menjunjung duli.Tunku Besar Tampin tidak terlibat dalam istiadat ini. Apabila Dewan Keadilan dan Undang diwujudkan dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Negeri Sembilan, Tunku Besar Tampin bersama dengan Undang Yang Empat dilantik menganggotai Dewan tersebut. 


TUNKU BESAR TAMPIN 


Dalam Perlembagaan Negeri Sembilan Kuasa dan fungsi Tunku Besar Tampin dijelaskan dlam Perlembagaan Negeri Sembilan. Berdasrkan Artikel XIV (2), pusaka ini diwarisi “turun –temurun daripada putera yang sulung di antara putera-putera yang di dalam nikah keturunan Tunku Syed hamid bin Tunku syed Shaaban dari sebelah pihak laki-laki”. Dalam Bab 5 dan Fasal XXXIV(i), Tunku Besar Tampin adalah salah seorang “Undang dan Orang Besar” Negeri Sembilan; justeru baginda dari segi perlembagaan sama taraf dengan Undang Yang Empat. Ini bermakna baginda adalah ahli ipso facto Dewan Keadilan dan Undang dan dengan itu boleh menasihatkan Yamtuan “atas soal-soal berkaitan dengan adat orang-orang Melayu” (Fasal XVI). Berbeza daripada Undang Yang Empat Tunku Besar Tampin tidak terlibat dalam pelantikan Yamtuan Besar. Tunku Besar Tampin juga tidak perlu menghadap Yamtuan Besar seperti yang diadakan dalam kalangan Penghulu Luak Tanah Mengandung. Namun, semasa istiadat pertabalan Yamtuan, baginda hadir sebagai tetamu khas. 





WILAYAH-WILAYAH ADAT LUAK TAMPIN 


Luak Tampin terbahagi kepada empat wilayah iaitu Repah, Keru, Tebong dan Tampin Tengah. Balai kediaman Tunku Besar terletak dalam wilayah Tampin Tengah sejak luak ini diwujudkan dalam tahun 1834. Setiap wilayah diketuai oleh seorang yang bergelar Dato’ Penghulu Pusaka. Seperti luak-luak adat yang lain, masyarakat dalam keempat-empat wilayah luak Tampin terbahagi kepada beberapa kelompok suku. Suku-suku tersebut seperti berikut:

Tampin Tengah 

Repah
 Keru
 Tebong

SUKU-SUKU DI TAMPIN


Biduada (penyandang pusaka Penghulu)

Tiga Batu (Penyandang Pusaka Penghulu)
Batu Belang
Tiga Batu Nesan Tinggi Seri Melenggang
Mungkal 
Seri Melenggang
Tiga Batu Peliang
Paya Kumbuh
Tiga Batu
Batu Hampar
Mungkal Biduanda
Mungkal Anak Melaka

SENARAI TUNKU BESAR TAMPIN 


Syed Shaaban bin Syed Ibrahim Al-Qadri

Syed Abdul Hamid bin Syed Syaaban Al-Qadri
Syed Dewa bin Syed Hamid Al-Qadri 
Syed Akil bin Syed Dewa Al-Qadri 
Syed Muhamad bin Syed Dewa Al-Qadri 
Syed Idrus bin Syed Muhamad Al-Qadri (1944-2005)
Syed Razman bin Syed Idrus Al-Qadri(2005 -hingga sekarang )

( Dipetik daripada http://www.facebookanns.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment