Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Wednesday 4 February 2015

Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti PKG Daerah Tampin Bil.1/2015

TAMPIN  5 Feb - PKG Daerah Tampin iaitu PKG Tampin, PKG Gemencheh dan PKG Gemas telah mengadakan mesyuarat penyelarasan aktivitinya yang pertama di PKG Tampin. Mesyuarat penyelarasan aktiviti ini  bertujuan  membincang dan menyelaras aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang Tahun 2015. Seramai 8 orang pegawai dan staf sokongan menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemas.

Sebanyak 15 aktiviti dan program di peringkat daerah telah dirancang dilaksanakan sepanjang Tahun 2015 untuk membantu guru-guru  dalam pengurusan ICT dan  PSS serta pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah.

Satu Taklimat  penggunaan CD Perisian MBMMBI akan diadakan pada 9 Februari 2015 yang akan dihadiri oleh semua sekolah daerah Tampin.

Adalah diharapkan dengan adanya mesyuarat ini akan memudahkan PKG Daerah Tampin melaksanakan aktivitiu seperti yang dirancang mengikut SKT PKG yang telah ditetapkan oleh BTP kementerian Pendidikan Malaysia.







No comments:

Post a Comment