Salam 1Malaysia
Friday, 27 March 2015
Wednesday, 25 March 2015
TAZKIRAH: SEJARAH HAJAR ASWAD DAN RAHSIA BESAR KETIKA MENCIUMNYA
Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Kaabah,
iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai merupakan jenis batu ‘Ruby’ yang diturunkan
Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Terdiri dari lapan keping yang
terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.
Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.
Asal Usul
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Kaabah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium .
Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya
1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “ dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Duhulunya batu itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.
2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).
3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orangyang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.
Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.
Akhir kata, Kita semua tahu jika hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Kaabah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.
Akan tetapi apa yang
kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar
mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar di sebalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
(QS. An-Najm : 53)
Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”
Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.
Kerana ada rahsia besar di sebalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :
“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan”
(QS. An-Najm : 53)
Tuesday, 24 March 2015
PROMOSI PERPUSTAKAAN PKG TAMPIN
1. Bahan-bahan rujukan
2. Buku untuk pinjaman
3. Komputer untuk melayari internet
4. Ruang bacaan yang selesa dan berhawa dingin
5.Waktu beroperasi: Isnin Hingga Khamis : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat : Tutup
2. Buku untuk pinjaman
3. Komputer untuk melayari internet
4. Ruang bacaan yang selesa dan berhawa dingin
5.Waktu beroperasi: Isnin Hingga Khamis : 9.00 pagi hingga 4.00 petang
Jumaat : Tutup
MESYUARAT PENYELARASAN BENGKEL KERJA PEMBINAAN BAHAN LO DAN ASET DIGITAL PKG DAERAH TAMPIN
Tarikh : 24 Mac 2015
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mawar PKG tampin
Pengerusi: Encik Shamsudin bin Yusuf PTP PKG Tampin/
Encik Abdul Karim bin Mohammad PTP PKG Gemas
Peserta : 9 orang guru Sains/ Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mawar PKG tampin
Pengerusi: Encik Shamsudin bin Yusuf PTP PKG Tampin/
Encik Abdul Karim bin Mohammad PTP PKG Gemas
Peserta : 9 orang guru Sains/ Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral
Monday, 23 March 2015
SYARAT PEMILIHAN TOKOH NILAM
A) SEKOLAH RENDAH : 366 DAN LEBIH
B) SEKOLAH MENENGAH : 288 DAN LEBIH
2. Calon yang menguasai lebih daripada satu bahasa mempunyai kelebihan.
3. Calon berkemahiran bertutur/berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
4. Calon dapat menulis esei spontan dalam kedua-dua bahasa utama. Kategori Sekolah Menengah 150 patah perkataan manakala kategori Sekolah Rendah 100 patah perkataan.
5. Calon berkeupayaan untuk mengulas senaskhah buku, sama ada karya besar (karya Sasterawan Negara) atau karya agung (Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah dsb.).
6. Calon dapat memberikan respons tentang isu-isu semasa, berpengetahuan luas dan mampu membuat persembahan ringkas dalam sesi temu duga.
7. Calon mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan (akademik) sama ada di peringkat sekolah atau peperiksaan awam, yakni UPSR dan PMR serta terserlah dalam bidang kokurikulum dan kesahsiahan diri.
8. Calon mestilah seorang ahli kelab Rakan Pembaca
8. Calon mestilah seorang ahli kelab Rakan Pembaca
Bengkel Kerja Aplikasi MBMMBI Dengan Pendekatan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD)
Pada 23 dan 25 Mac 2015, jam 2.00 petang bertempat
di PKG Gemencheh telah berlangsungnya
Bengkel Kerja Aplikasi MBMMBI dengan Pendekatan Zon Perkembangan Proksimal
(ZPD).
Objektif bengkel ini diadakan adalah bertujuan
memberi pencerahan tentang tatacara pengurusan dan penggunaan bahan MBMMBI
mengikut prosedur yang betul serta memperkasa penggunaan Bahan MBMMBI dalam PdP
dengan pendekatan ZPD.
Bengkel ini telah dihadiri oleh seorang guru mata
pelajaran Bahasa Melayu dan seorang guru mata pelajaran Bahasa Inggeris Sekolah
Ahli Pusat Kegiatan GuruTampin, Gemencheh dan Gemas. Encik Karim bin Mohamad
selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gemas bertindak sebagai fasilitator
dalam bengkel tersebut dan dibantu oleh PTP PKG Tampin.
Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini
sekolah dapat meningkatkan tahap pengguasaan penggunaan dan pengaplikasian
bahan MBMMBI dalam PdP.
Thursday, 19 March 2015
MESYUARAT PENGURUSAN PKG TAMPIN BIL.2/2015
Tarikh : 19 Mac 2015
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Pentadbiran PKG Tampin
Pengerusi : PTP PKG Tampin
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Bilik Pentadbiran PKG Tampin
Pengerusi : PTP PKG Tampin
Tuesday, 17 March 2015
Monday, 16 March 2015
Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru
PBPPP penilaian baharu menggantikan PTK. Apakah PBPPP - Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan PTK (Penilaian Tahap Kecekapan). Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensiPegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan. Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
|
Penilaian
Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu
kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep
Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place). Proses
PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang
ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP
2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM).
Penilaian
Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan
Penilaian
PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilanyang mana ia adalah berbeza
bergantung kepada bidang tugas masing-masing. Namun secara umumnya Penilaian
PBPPP ini merujuk Elimen Penilaian Kompetensi dan keberhasilan berikut
Elimen Penilaian Kompetensi PBPPP
Nilai
profesional
Pengurusan
aktiviti
Sumbangan
Kemahiran
profesional PdP
Elimen Penilaian Keberhasilan PBPPP
Keberhasilan
PdP
Keberhasilan
kaunseling
Keberhasilan
kejurulatihan
Profil
PPB Individu (File PPPB)
Pada tahun
2015 setiap guru diarahkan menyediakan satu Fail untuk Profil PPB Individu (File
PPPB).Profil PPB Individu Guru dalam satu File itu
membawa maksud, Profil Pembangunan Profesional Berterusan Guru yang
lengkap dalam sebuah File.
Semasa
merancang Kaedah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)
menggantikan PTK, Mungkin mereka tidak menyangka yang proses penilaian itu akan
membebankan diri mereka sendiri. Kami para guru sentiasa bersedia dengan
sebarang kemungkinan yang akan mereka lakukan secara tiba-tiba itu. Semoga
Allah merahmati warga guru.
—
Hootoh
Sepertimana
biasa, demi memudahkan urusan kerja-kerja mereka. Bebanan tersebut akan
dialihkan kepada orang-orang bawahan mereka. Maka arahan diturunkan kepada
semua guru untuk menyediakanProfil PPB Individu Guru bagi
memudahkan proses penilaian yang akan dilakukan ketua perkhidmatan atau ketua
jabatan. Apa yang Perlu Ada dalam Profil PPB Individu Guru?
Item
dan Isi Kandungan Profil PPB Individu Guru
Bahagian
Kulit Depan Fail Profil PPB Individu
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail
A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan
B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan
D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja
E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain
F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan
Nama:
Jawatan:
Tempat Bertugas:
Bahagian Isi Fail
A. Peranan Dan Tanggungjawab
1. Vitae Kurikulum
2. Falsafah Pendidikan Negara
3. Skop Kerja
4. Sasaran Kerja Tahunan
B. Pelan Pembangunan Profesional
1. Matlamat Pengajaran/Kepimpinan Masa Hadapan
2. Cadangan Aktiviti Untuk Penambahbaikan
3. Penyertaan Dalam Aktiviti PPB
C. Sumbangan Kepada Organisasi
1. Senarai Tugas Dan Tanggungjawab
2. Sumbangan Kepada Kpm/Jpn/Ppd
3. Penulisan/Penerbitan
D. Bahan Bukti Dalam PdP/Kepimpinan
1. Sukatan Mata Pelajaran/Rancangan Mengajar Dan Penilaian/Perancangan Strategik
2. Contoh Hasil Kerja
E. Anugerah /Pencapaian
1. Anugerah Perkhidmatan
2. Anugerah Dalam Pdp/Kepimpinan/Lain-Lain
3. Jemputan Untuk Konsultasi, Bengkel, Penulisan Dan Lain-Lain
F. Penilaian PdP/Kepimpinan
1. Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/Kepimpinan
2. Rakaman Video Pengajaran/Kepimpinan
3. Maklum Balas Dan Penilaian Daripada Murid/Ketua Jabatan
PBPPP:
Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Bagi yang
ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Penilaian Bersepadu PBPPP, Instrumen PBPPP, Bahan-Bahan Profil PPB
Individu Guru dan sebagainya sila Bookmark Halaman ini. Kerana Link Download dan Informasi Terkini mengenai PBPPP akan dikemaskini di halaman ini dari masa ke
semasa. In Sha Allah semoga Apa itu PBPPP dan File PPPB Guru dapat membantu dan
bermanfaat untuk warga pendidik semua.
Sunday, 15 March 2015
Thursday, 12 March 2015
Tuesday, 10 March 2015
PENARAFAN PSS CEMERLANG NS TAHUN 2014
TARIKH : 11.3.2015
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN
PEMANTAU : PTP BTP NEGERI SEMBILAN
GPM : CIKGU SALWA BT SHARIF
Tahniah dari warga dan Pengerusi dan AJK JKPA PKG Tampin
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN
PEMANTAU : PTP BTP NEGERI SEMBILAN
GPM : CIKGU SALWA BT SHARIF
Tahniah dari warga dan Pengerusi dan AJK JKPA PKG Tampin
Sunday, 8 March 2015
PROGRAM NILAM ABAD KE 21
BENGKEL PEMBINAAN MODUL
MODUL PROGRAM NILAM ABAD KE 21
TARIKH:12 MAC 2015
MASA: 9.00 PAGI
TEMPAT: BILIK MAWAR, PKG TAMPIN
Thursday, 5 March 2015
LADAP: SK TAMPIN
Tajuk : Taklimat Pembelajaran dan pengajaran abad ke 21
Tarikh : 5 Mac 2015
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Minda PKG Tampin
Peserta : Guru-guru ( 48 orang )
Tarikh : 5 Mac 2015
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Minda PKG Tampin
Peserta : Guru-guru ( 48 orang )
Wednesday, 4 March 2015
PEMANTAUAN DAN KHIDMAT BANTU PENGGUNAAN PERISIAN CD MBMMBI
TAMPIN 5 MAC - Program pemantauan dan khidmat bantu penggunaan perisian CD MBMMBI telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan Tunku Syed Syaaban, Tebong. Pemantauan telah dijalankan oleh PTP PKG Tampin. Guru Penyelaras MBMMBI sekolah berkenaan telah dibuat bimbingan dan khidmat bantu dalam penggunaan CD tersebut.
Tuesday, 3 March 2015
Ucapan Tahniah YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Syukur Alhamdulillah di atas keputusan SPM dan STPM yang baik untuk sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang diumumkan semalam dan hari ini . Gred purata negeri 4.85 untuk SPM, telah meletakan Negeri Sembilan di tangga ke 4 peringkat kebangsaan manakala gred purata negeri utk STPM ialah 2.68.
Tahniah juga diucapkan kepada warga Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SPM) dan Sekolah Menengah Agama Sheikh Hj Mohd Said (STPM) kerana kedua-duanya telah mendapat tempat pertama di peringkat Kebangsaan untuk keputusan peperiksaan 2014 yang lalu.
Syabas dan Terima Kasih kepada semua pelajar-pelajar , ibu bapa dan seluruh warga pendidik kerana bertungkus lumus untuk merealisasikan hasrat kerajaan dalam menjadi negeri ini antara kelompok terbaik dalam pendidikan di negara ini.
Salam Hormat dan Wassalam.
sumber Fb YAB Dato Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan
SPM 2014: Negeri Sembilan kekal lima terbaik
SEREMBAN 3 Mac - Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Saser), Sikamat di sini diumumkan sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2014, berbanding tempat ketujuh pada tahun sebelumnya.
Seramai 128 orang daripada 270 calon atau 47.4 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran.
Sementara itu, Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan sebagai lima terbaik peringkat kebangsaan dalam pencapaian calon bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, seramai 624 pelajar daripada 16,324 calon SPM 2014 memperoleh semua A iaitu A+, A dan A- dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini.
“Gred Purata Negeri (GPN) yang diperoleh ialah 4.85 sedikit merosot berbanding 4.70 pada tahun 2013,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.
Monday, 2 March 2015
Sunday, 1 March 2015
MESYUARAT AGONG JKPA PKG DAERAH TAMPIN 2015
TARIKH ; 25 FEBRUARI 2015
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN MINDA PKG TAMPIN
KEHADIRAN 46 ORANG PENGETUA/ GURU BESAR/ WAKIL
PERASMIAN : ENCIK MOHD TAJUDDIN BIN AYOB KETUA UNIT AKEDEMIK PPD TAMPIN
TURUT HADIR: ENCIK MAT AZALAN BIN BUDIN PENOLONG PENGARAH BTPNNS
MASA : 2.30 PETANG
TEMPAT : DEWAN MINDA PKG TAMPIN
KEHADIRAN 46 ORANG PENGETUA/ GURU BESAR/ WAKIL
PERASMIAN : ENCIK MOHD TAJUDDIN BIN AYOB KETUA UNIT AKEDEMIK PPD TAMPIN
TURUT HADIR: ENCIK MAT AZALAN BIN BUDIN PENOLONG PENGARAH BTPNNS
Subscribe to:
Posts (Atom)