Salam 1Malaysia

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT PKG TAMPIN

Tuesday 3 March 2015

SPM 2014: Negeri Sembilan kekal lima terbaik

SEREMBAN 3 Mac - Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (Saser), Sikamat di sini diumumkan sebagai sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2014, berbanding tempat ketujuh pada tahun sebelumnya.

Seramai 128 orang daripada 270 calon atau 47.4 peratus mendapat A dalam semua mata pelajaran.
Sementara itu, Negeri Sembilan mengekalkan kedudukan sebagai lima terbaik peringkat kebangsaan dalam pencapaian calon bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.
Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid berkata, seramai 624 pelajar daripada 16,324 calon SPM 2014 memperoleh semua A iaitu A+, A dan A- dalam keputusan SPM yang diumumkan hari ini.
“Gred Purata Negeri (GPN) yang diperoleh ialah 4.85 sedikit merosot berbanding 4.70 pada tahun 2013,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment